Saturday, May 28, 2011

SAMBUNG BELAJAR DI TECH TERRAIN COLLEGE

Assalam.. Lama dah tak godam blog.. Biasa la aq kan dah sambung belajar.. dengar cerita semua member aq dah sambung belajar.. bagus laa.. ada yg lepas pergi UITM, STAM, sambung ting 6... harap2 kami dapat bertemu semula suatu hari nanti.. huhuh
Aq sekarang belajar kat Tech Terrain College, best.. aq ambik cos tool n die mould making... biasa la result SPM tak berapa hebat.. Dekat TTC aq banyak belajar pekara baru, macam cakap dalam BI, sakit lidah. huhuh.. Rasa rindu la pulak kat sekolah menengah aq,, apa cerita pun aq tak tau laaa.. rasa ya ramai guru baru,,..



LOGO TTC

Sunday, June 6, 2010

Assalam...nampak ye cuti sekolah baru saja bermula...nie saat yg paling saya suka sbb boleh ge jalan-jalan ngan member, boleh rest ngan family....biasa la lepas 2 minggu berdepan ngan mid year exam...banyak aktivi dah plan,.

SAMBUT HARI LAHIR KE-17......

Assalam...pada bulan 5 yg lalu saya tlh menyambut hari lahir yang ke-17 ngan kawan saya...majlis berjalan serentak.....saya berharap agar Allah memurahkan rezeki saya, serta sihat selalu....

Tuesday, April 6, 2010

MAKAN MALAM BERSAMA ARILL (PESERTA IDOLA KECIL 2)....

Assalam kepada semua.... Pada hujung minggu yang lepas... Saya bertemu dengan peserta idola kecil 2 iaitu Arill.... saya menjemput Arill ke rumah nenek saya di Kuala Selangor..Bestt.. .saya juga sempat la kan begurau dengan Arill.. Arill seorang yang peramah, suka bergurau... Yang paling best ye.. saya makan malam dengan Arill, Ammar Dan Bonzer ..Makan nasi Anbang dan nasi Berayni... Lepas makan, kitaorang sempat berbincang tentang arill fc.. Selain pandai nyanyi arill juga pandai buat magik.. Kalau nak chat dengan arill idola kecil 2...layari lah laman ning arill.. http://arillspirit.ning.com. 


Jom layan foto nie dulu..

Lepas makan...jadi ular sawa la...huhuhu 

 Blogger tengah telefon member...banyak ye makanan...

Tuesday, March 2, 2010

KALI PERTAMA JADI DJ..

Buat kali pertama pertama team teknikal sekolah dijemput 'menguruskan' Dj Corner sebuah majlis kenduri di kampung Pandak Putih. Kami bersiaran secara lansung mengendalikan konti DJ kenduri .. jenuh jugak nak susun ayat 'slamber' dan susun lagu-lagu berbagai 'genre' biar nampak ceria dan sesuai dengan majlis. Selamat Pengantin Baru kepada pengantin dan terima kasih kerana mengundang kami...

Jom layan foto yang nie dulu..

Baru pertama kali jadi DJ....suara belum power...
                                                    
Nie DJ besar punya...Bro Shahril....Bro nie minat 'Transformers' larr.. 

Iqbal tekun cari lagu untuk para hadirin.....

Friday, February 26, 2010

UNIT TEKNIKAL@PIZZA HUT..

Lepas habis Hari Pelajar Sekolah...Unit Teknikal bersantai kat Restaurant Pizza Hut Parit Buntar... Nak lepaskan penat kat sana...Jom Layan foto nie dulu...

UNIT TEKNIKAL...SYAFIQ, UST SHAHRIL, IQBAL..


PIZZA HUT...fuhhhh..

Tengah tunggu Pizza..

Isteri and anak Ust Shahril...

Ust Shahril...Ketua Unit Teknikal..




Cara makan Pizza....

Best....

ust bersama keluarganya...




Lincin..habis terus..

Saturday, February 20, 2010

TANIAH KEPADA SEMUA PEMENANG....

Taniah kepada semua yang menang pada hari pelajar yang lepas....Kepada yang kalah janganlah susah hati...teruskan berusah..Taniah juga kepada RUMAH BIRU yang telah menjadi juara pada tahun ini..Tempat ke-2 jatuh kepada RUMAH KUNING...Tempat ke-3 RUMAH MERAH....Tempat ke-4 RUMAH HIJAU.. 

Jom layan foto nie dulu..

JOHAN PADA TAHUN INI..RUMAH BIRU

TEMPAT KE-3 PADA TAHUN INI...RUMAH MERAH..

TEMPAT KE-2..RUMAH KUNING..

TEMPAT KE-4...RUMAH HIJAU

JUARA SEPAK TAKRAW..RUMAH BIRU....Para peserta dan guru...

Friday, February 19, 2010

PENUTUP HARI PELAJAR 2010...

Hari ini diadakan majlis penutupan hari pelajar bagi tahun 2010. Kemeriahan Hari Pelajar yang telah berlansung hampir 3 hari yang lalu telah mencapai objektifnya bagi memberi peluang kepada semua pelajar bagi menyertai acara yang dipertandingkan.

Dalam ucapan Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Marzuki Abd RAzak pada majlis penutup pagi tadi, beliau melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kemampuan majlis ini dapat dijalankan dengan baik dan beroleh kejayaan. Beliau turut memzahirkan ucapan tahniah dan syabas buat semua tenaga pengerak program hari pelajar ini yang telah bertungkus lumus memberi komitmen terbaik bagi menjayakan program ini.

Pengetua Us. Mohd Said Hasnik dalam ucapannya pula menitikberatkan penguasaan dalam aktiviti yang disertai, samada menang atau kalah inya tidak penting kerana menunut ilmu dan pengalaman dari penyertaan itu amat berguna untuk semua. beliau memetik ayat al-quran yang bermaksud 'adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui'. Oleh itu saranan beliau, biar menang atau kalah, yang pastinya ada ilmu yang diperolehi dan dijadikan pengalaman.

Kalah Menang adat perlawanan...Taniah kepada yang menang dan yang kalah teruskan usaha anda di tahun hadapan....

Majlis diakhiri dengan penyampaian piala dan kalungan hadiah kepada semua pemenang yang telah berjaya menhgarungi pertandingan. Tahniah kepada pasukan rumah Biru kerana telah berjaya mengondol Piala Pusingan sebagai pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi melalui kemenangan dari banyak pertandingan...

1(RUMAH BIRU)
2(RUMAH KUNING)
3(RUMAH MERAH)
4(RUMAH HIJAU)

JOM LAYAN FOTO NIE DULU..









HARI PELAJAR 2010...



Assalam kepada semua....Dalam masa seminggu nie..Sek Men Agama Al-Hidayah telah menggadakan Hari Pelajar 2010...Pihak sekolah ingin mencari bakat setiap pelajar untuk menjadi wakil sekolah di MTQ....

Melalui hari pelajar ini berbagai pertandingan dimuatkan meliputi acara dalam dewan dan luar dewan. Bagi acara dalam dewan ianya meliputi acara seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan, Sajak, Nasyid dan Azan. Manakala bagi acara luar dewan bagi tahun ini hanya melibatkan acara sepak Takraw, Pingpong, Badminton dan Bola Jaring...

Setiap kumpulan dibahagikan kepada 4 buah rumah iaitu Rumah Merah, Biru, Kuning, dan Hijau..Setiap rumah mempunyai agihan pelajar dan guru rumah yang sama banyak.

Jom layan foto hari pelajar 2010...

Aksi rumah BIRU beraksi....boleh masuk kung-fu...

Cikgu Jupri, Shahril, Marzuki, Shahyuti turut memberi semangat kepada anak buah masing-masing...

Wakil dari rumah MERAH....Amirul, Syafiq, Hafizuddin...

Cikgu Jupri menjadi pengacara untuk perlawanan sepak takraw...

Aksi Rumah HIJAU vs Rumah BIRU...

Tengah bincang untuk Perlawanan sepak takraw...

Nie pengerusi Rumah MERAH....Luqman Hakim...

Wakil Rumah BIRU...Naim berpasangan dengan Sobri dalam perlawanan ping-pong..

Amira Omar mewakili Rumah MERAH dalam perlawanan ping-pong..

Wakil Rumah KUNING...Amirul Hikmi dengan style nya....