Sunday, November 29, 2009

FRUIT PLUS .. NIE .. ADA ELEMEN BABI..

Fruit plus cokelat yang selalu budak-budak makan, entah-entah aku pun dah makan sebab siap ada tanda halal. Hari ni saja syok semak dengan kod yang mengandungi babi. Masyaallah yang perasa oren ada E110 (babi) yang lain ok lak tengok tak kod babi walaupun dari jenama yang sama. Heran jugak macam mana boleh dapat sijil Halal tu. Kadang-kadang tokey kilang ni ambik mudah je tak jaga isu sensitif macam ni, dah dapat sijil halal dia buat ikut suka lak.



FIKIR-FIKIRKAN LAH....

Sunday, November 22, 2009

PERLEPASAN DARI ASRAMA & MAJLIS PERPISAHAN

Dalam bulan cutikan...baik kita ingat peristiwa yang lepas di sekolah...Selepas bertarung dengan thanawi..akhirnya kami berjaya menharunginya...
Mai kita layan foto ketika kami dalam dewan peperiksaan..

ni dalam dewan peperiksaan...

Saturday, November 21, 2009

MEMBINA KELUARGA ISLAM

Daripada : Hizbut Tahrir Malaysia
Sumber : HTI


Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Taala, yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Taala, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah Subhanahu wa Taala. Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah Subhanahu wa Taala.

Motivasi awal yang benar merupakan asas untuk membangun kehidupan rumahtangga yang kukuh. Dalam hal ini, Islam menetapkan bahwa motivasi seseorang melangsungkan kehidupan suami-isteri adalah untuk melaksanakan salah satu dari bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai tempat ketenangan bagi pasangan suami isteri, sebagaimana firman-Nya:

Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].

Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam?

Pertama
, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.

Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.

Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.

Keempat, menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.

Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.

Keenam, menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.

Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.