Thursday, December 3, 2009
Cerita Tentang Monyet.....
Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,hai wan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah,nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir disisi jalan yang sibuk.
Ia seperti terburu-buru untuk melintas.Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggarsalah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta. Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nya wan yamelayang sebelum sempat melihat wajah ibu.Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawan an monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir sajadilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajakoleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa,ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi . Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan". Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami.Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari seka wan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.
Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Dibibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benarmaksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkanniatnya.Tidakakan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,"daripada balik tangan kosong? "lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patahserta jerit pekik hai wan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya danpak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapaiakar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambilberguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh,bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.
Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuhdan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahubahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memelukanaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akanpergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuapmulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kaukepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memelukerat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersamaanaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kamidengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnyamanusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah akubebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet ituberlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.
Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihatsi ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahantubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik taditidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikandiri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, sianak tadi menyusu semula.Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik,dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripadatumpah ke pipi.Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncangtubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betulkesal dengan apa yang berlaku.Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawapulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunyayang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.
Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami keranamembunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya hai wan yanghodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??Mana hilangnya akal waras kami?Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyikmenjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati. Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudahsaya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawahai wan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalahsatu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasihsayang ibu.
Kod Makanan Terlarang Buat Umat Islam...
Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan semoga ceria selalu. Gambar yang ada aku selitkan bersama posting kali ini adalah senarai kod yang mempunyai agen yang berbahaya sama ada dalam bentuk kimia (pewarna/perasa) yang tidak halal dan berbahaya.
Kebanyakan kod-kod ini boleh didapati dibungkusan makanan terutamanya coklat-coklat dan makanan ringan (jajan). Oleh yang demikian, kita perlu meneliti pada setiap bungkusan makanan yang kita beli.
Amat sayang sekiranya wang hasil titik peluh yang kita perolehi melalui cara yang halal, akhirnya dibelanjakan untuk membeli sesuatu yang haram dan berbahaya kepada diri kita dan orang yang kita sayangi.
Sudah sampai masanya untuk kita lebih prihatin terhadap apa jua yang bakal menjadi darah-daging kita kelak.
Ingin aku kongsikan bersama bagaimana aku praktikkan dalam kehidupan seharian aku. Caranya, aku letakkan gambar tu dalam hp (sebenarnya aku ambik gambar tu guna kamera telefon aku) , lepas tu, tiap kali nak beli makanan, aku akan tengok pada bungkusan makanan tersebut sambil belek gambar dalam hp aku. Senangkan? Tak keluar duit sesen pun. Tu la gunanya teknologi canggih-manggih. Kalau tak guna untuk kebaikan, apa faedah miliki hp canggih? fikir-fikirkan lah....
Selamat Beramal.

Wednesday, December 2, 2009
AL-QURAN : Surah Terbaik Untuk Dibaca & Bacaan Gagap Lebih Baik Dari Lancar...
Oleh:Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Assalamualaikum wrt,
Berkenaan hadith nabi yang menyebutkan bahawa dua ganjaran bagi orang yang membaca al-quran dengan kepayahan kerana tidak lancar. Adakah ganjaran itu melebihi ganjaran pahala orang yang membaca lancar? Biasanya kalau dengar di ceramah-ceramah, penceramah selalu menyebut bahawa pahalanya melebihi pahala orang yang membaca lancar. Tapi baru-baru ini, saya ada terima email yang memetik dari kitab fadhilat amal dan pendapat yang diberi adalah bertentangan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Jawapan
Berpandukan kepada pertanyaan saudari, di sana ada dua kemungkinan, iaitu :-
1) Penceramah tersilap ; Jika ia benar-benar diucapkan oleh penceramah, ternyata sang penceramah tidak melakukan homework dengan baik atau mengambil informasi secara rambang tanpa mempelajari atau merujuk kepada sumber dengan tepat. Hasilnya timbulkan kenyataan silap sebagaimana yang diberi.
2) Saudari selaku pendengar tersilap ; mungkin juga, penceramah menerang dengan betul, cuma saudari selaku pendengar yang tersilap menangkap point yang diberikan oleh pencermah berkenaan.
Tanpa perlu kita pergi lebih jauh untuk mencari salah siapa, adalah lebih baik saya jelaskan letak duduk sebenar dalam hal pahala membaca Al-Quran walau dalam keadan tergagap dan tersekat-sekat, serta perbandingannya dengan pahala bacaan mereka yang lancar.
Hadis yang sewajarnya menjadi rujukan dalam bab ini adalah seperti berikut :-
الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران
Ertinya : Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala. ( Riwayat Muslim, no 1329, 1/550)
Jika dilihat dari huraian kebanyakan para ulama silam, kecenderungan tafsiran mereka terhadap hadis di atas adalah bukan pada ‘membaca sambil melihat Al-Quran' tetapi lebih kepada membaca secara hafalan. Mungkin disebabkan zaman tersebut, menghafal Al-Quran sudah menjadi kebiasaan hampir bagi semua umat Islam, khususnya para ulama. Justeru hampir tidak timbul masalah membaca sambil melihat al-quran lagi.
Imam An-Nawawi menghuraikan bahawa maksud orang yang mahir dalam hadis di atas adalah mereka yang bijak dan sempurna hafalan serta tidak sukar membaca ayat-ayat Al-Quran. Manakala mereka yang menghafal dan bacaannnay tersekat-sekat, maka baginya dua pahala, iaitu pahala bacaan serta pahala melawan kesukaran yang dihadapinya. (Syarah Sohih Muslim)
Namun demikian, terdapat juga ulama silam dan kontemporari khususnya yang memasukkan orang yang membaca al-Quran secara melihat mushaf juga di dalam konteks hadis di atas. Ini kerana hadis tersbeut tidak menyebut kalimah hafazan dengan jelas, ia hanya menyebut ‘baca', justeru adalah lebih tepat untuk tidak mengkhususkannya kepada hafazan semata dan menidakkan kelebihan bagi yang membaca dari mushaf.
Pandangan kedua ini lebih tepat dan kuat serta amat bertepatan dengan keadaan umat Islam hari ini yang semakin sedikit di antara mereka yang mampu membaca Al-Quran dengan baik, walau dengan cara melihat mushaf.
Berkenaan perbandingan yang ditanyakan, ulama besar mazhab Maliki, Al-Qadhi ‘Iyadh berkata hadis di atas sama sekali tidak bermaksud meraka yang tersekat dan gagap lebih baik daripada si pembaca lancar dan tepat, kerana kelebihan yang disebut bagi orang yang mahir iaitu bersama para Rasul adalah jauh lebih besar dan tidak sama sekali mampu ditandingi oleh dua pahala yang diperuntukkan bagi mereka yang kurang mahir.
Memang benar, malah tidak munasabah sama sekali bacaan mereka yang tidak lancar lebih besar pahalanya daripada yang lancar. Jika demikian keadaanya, lebih baik, jangan lancar bacaan sampai bila-bila, bukankah itu tidak logic lagi tidak bertepatan dengan kefahaman aqal yang waras.
Dari penjelasan tersebut, kesimpulannya hadis Nabi s.a.w tadi sebenarnya bukanlah diungkap dengan tujuan membuat perbandingan pahala di antara satu sama lain, tetapi ia lebih kepada penjelasan kelebihan tersendiri bagi kedua-dua keadaan pembaca Al-quran. Bermakna, bagi yang mahir, ada ganjarannya yang tersendiri, demikian juga bagi yang masih belum begitu mahir. Justeru, teruskan usaha bagi yang belum mahir agar mencapai tahap mahir dan setersunya meraih kebaikan yang ditawarkan.
SURAH APA YANG TERBAIK DIBACA?
Timbul persoalan berkaitan surah apakah yang terlebih baik untuk dibaca pada akhir Ramadhan ini.
Jawapan yang paling tepat adalah seluruh al-Quran, namun bagi mereka yang tidak mampu, cuba perhatikan baik-baik sabdaan baginda Nabi ini:-
اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شافعا لأصحابه اقرءوا الزهراوين البقرة وآل عمران فإنهما يأتيان يوم القيامة كأنهما غمامتان أو غيايتان أو فرقان من طير صواف تحاجان عن صاحبهما اقرءوا البقرة فإن أخذها بركة وتركها حسرة ولا يستطيعها البطلة
Ertinya : Bacalah Al-Quran kerana di hari qiyamat kelak ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya, bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang dihari qiyamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya, bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir. (Riwayat Muslim)
Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya dengan seperti teduhan sayap burung atau awan. Dalam hadis sohih yang lain disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.
Banyak lagi surah-surah lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, disebut dalam banyak hadis-hadis Baginda Nabi sa.w, namun cukuplah jawapan ringkas saya setakat ini mencadangkan dua surah ini sebagai tunjang bacaan Al-Quran kita.
Sekian...

Sunday, November 29, 2009
FRUIT PLUS .. NIE .. ADA ELEMEN BABI..
Fruit plus cokelat yang selalu budak-budak makan, entah-entah aku pun dah makan sebab siap ada tanda halal. Hari ni saja syok semak dengan kod yang mengandungi babi. Masyaallah yang perasa oren ada E110 (babi) yang lain ok lak tengok tak kod babi walaupun dari jenama yang sama. Heran jugak macam mana boleh dapat sijil Halal tu. Kadang-kadang tokey kilang ni ambik mudah je tak jaga isu sensitif macam ni, dah dapat sijil halal dia buat ikut suka lak.
FIKIR-FIKIRKAN LAH....
FIKIR-FIKIRKAN LAH....
Sunday, November 22, 2009
PERLEPASAN DARI ASRAMA & MAJLIS PERPISAHAN
Saturday, November 21, 2009
MEMBINA KELUARGA ISLAM
Daripada : Hizbut Tahrir Malaysia
Sumber : HTI
Motivasi awal yang benar merupakan asas untuk membangun kehidupan rumahtangga yang kukuh. Dalam hal ini, Islam menetapkan bahwa motivasi seseorang melangsungkan kehidupan suami-isteri adalah untuk melaksanakan salah satu dari bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai tempat ketenangan bagi pasangan suami isteri, sebagaimana firman-Nya:
”Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].
Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam?
Pertama, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.
Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.
Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.
Keempat, menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.
Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.
Keenam, menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.
Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.
Sumber : HTI
Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Taala, yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Taala, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah Subhanahu wa Taala. Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah Subhanahu wa Taala.
Motivasi awal yang benar merupakan asas untuk membangun kehidupan rumahtangga yang kukuh. Dalam hal ini, Islam menetapkan bahwa motivasi seseorang melangsungkan kehidupan suami-isteri adalah untuk melaksanakan salah satu dari bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai tempat ketenangan bagi pasangan suami isteri, sebagaimana firman-Nya:
”Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].
Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam?
Pertama, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.
Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.
Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.
Keempat, menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.
Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.
Keenam, menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.
Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)