Thursday, December 3, 2009

Kod Makanan Terlarang Buat Umat Islam...

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan semoga ceria selalu. Gambar yang ada aku selitkan bersama posting kali ini adalah senarai kod yang mempunyai agen yang berbahaya sama ada dalam bentuk kimia (pewarna/perasa) yang tidak halal dan berbahaya.

Kebanyakan kod-kod ini boleh didapati dibungkusan makanan terutamanya coklat-coklat dan makanan ringan (jajan). Oleh yang demikian, kita perlu meneliti pada setiap bungkusan makanan yang kita beli.

Amat sayang sekiranya wang hasil titik peluh yang kita perolehi melalui cara yang halal, akhirnya dibelanjakan untuk membeli sesuatu yang haram dan berbahaya kepada diri kita dan orang yang kita sayangi.

Sudah sampai masanya untuk kita lebih prihatin terhadap apa jua yang bakal menjadi darah-daging kita kelak.

Ingin aku kongsikan bersama bagaimana aku praktikkan dalam kehidupan seharian aku. Caranya, aku letakkan gambar tu dalam hp (sebenarnya aku ambik gambar tu guna kamera telefon aku) , lepas tu, tiap kali nak beli makanan, aku akan tengok pada bungkusan makanan tersebut sambil belek gambar dalam hp aku. Senangkan? Tak keluar duit sesen pun. Tu la gunanya teknologi canggih-manggih. Kalau tak guna untuk kebaikan, apa faedah miliki hp canggih? fikir-fikirkan lah....

Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment