Friday, February 19, 2010

PENUTUP HARI PELAJAR 2010...

Hari ini diadakan majlis penutupan hari pelajar bagi tahun 2010. Kemeriahan Hari Pelajar yang telah berlansung hampir 3 hari yang lalu telah mencapai objektifnya bagi memberi peluang kepada semua pelajar bagi menyertai acara yang dipertandingkan.

Dalam ucapan Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Marzuki Abd RAzak pada majlis penutup pagi tadi, beliau melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kemampuan majlis ini dapat dijalankan dengan baik dan beroleh kejayaan. Beliau turut memzahirkan ucapan tahniah dan syabas buat semua tenaga pengerak program hari pelajar ini yang telah bertungkus lumus memberi komitmen terbaik bagi menjayakan program ini.

Pengetua Us. Mohd Said Hasnik dalam ucapannya pula menitikberatkan penguasaan dalam aktiviti yang disertai, samada menang atau kalah inya tidak penting kerana menunut ilmu dan pengalaman dari penyertaan itu amat berguna untuk semua. beliau memetik ayat al-quran yang bermaksud 'adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui'. Oleh itu saranan beliau, biar menang atau kalah, yang pastinya ada ilmu yang diperolehi dan dijadikan pengalaman.

Kalah Menang adat perlawanan...Taniah kepada yang menang dan yang kalah teruskan usaha anda di tahun hadapan....

Majlis diakhiri dengan penyampaian piala dan kalungan hadiah kepada semua pemenang yang telah berjaya menhgarungi pertandingan. Tahniah kepada pasukan rumah Biru kerana telah berjaya mengondol Piala Pusingan sebagai pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi melalui kemenangan dari banyak pertandingan...

1(RUMAH BIRU)
2(RUMAH KUNING)
3(RUMAH MERAH)
4(RUMAH HIJAU)

JOM LAYAN FOTO NIE DULU..









No comments:

Post a Comment